CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 30, 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar.. Saya tak pernah melakukan perkara itu." 

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ".. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja." 

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...."  Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"  Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" 

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" 

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam.. 
Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata" 

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." 

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.." 


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..... WALAU SEBESAR MANA PUN  KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT... ..

aku insan yang hina.... tak sepi dr melakukan salah dan silap... moga taubat ku diterima NYA...... amin...

Friday, May 29, 2009

Cinta Rabiatul adawiyah

Ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:(Di petik daripada majalah Haluan)

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Cinta Rabiatul Adawiyah..sekadar renungan!!!

Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.
Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah.

Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!”Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka.

Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan
:“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah.

Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah
:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”“Saya menyembah Allah adalah keranaNya.


Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!
”Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you.
Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan: 


1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada?

Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:
 


1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood... Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.


Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini?


"Lu pikir la sendiri!!!!!

Kita lebih memahami diri  sendiri dan terpulang pada diri untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana..
Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib.

Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.
Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali membaca kisahnya, pening kepala. So g la kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam...

Thursday, May 28, 2009

Kapur dan Pemadam

Seorang wanita berjilbab rapi tampak sedang bersemangat mengajarkan sesuatu
kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.
Sang guru berkata,"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri
saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini,
maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah
"Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Sang guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya
angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok,
dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa
dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru
tersenyum kepada murid-muridnya.
"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang
bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh
musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan
sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin
akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi
karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,
akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat
mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar
nilai dan etika."
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina
tidak lagi jadi persoalan, paka ian seksi menjadi hal yang lumrah, sex
sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi
suatu gaya hidup dan lain lain."
"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu... "
"Baik permainan kedua... " begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu
akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah
tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba
alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.
Akhirnya Sang Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina
dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari
pinggir, sehingga anda tidak sadar." "Jika seseorang ingin membuat rumah
yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat,
maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah,
tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan
dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu
persatu, baru rumah dihancurkan... "
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda
muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah
yang dijalankan oleh musuh musuh kita...
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
mereka. Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya
Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan
bangkit serentak, baru mereka akan sadar."
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang... "
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat
belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya.

Ya Allah... Hebatnya UjianMu


Ya Allah..Apakah makna di sebalik ujian ini..Aku telahpun merasai segalanya.. Aku mohon, Kau tabahkanlah hati hambaMu.. Tabahkanlah hatiku untuk menghadapi segalanya.. Tabahkanlah hatiku dalam menghadapi ujianMu.. Kuatkanlah kesabaranku.. Jauhilah aku dari sifat2 yang boleh mengalpakan diriku padaMu.. Pimpinlah aku untuk menghadapi liku2 kehidupan, dalam menempuh onak duri yang mencabar..
Tetapkanlah hatiku agar sentiasa berada di jalanMu..Tetapkanlah hatiku dengan Iman..Tetapkanlah jiwaku dengan ketenangan..Tabahkanlah aku dengan pedoman..
Ya Allah..Berikanlah kekuatan padaku..Tunjukkanlah segala kebenaran..Leraikanlah segala kekusutan dan penipuan..Jelaskanlah segala kekaburan..
Aku hambaMu..Aku merintih padamu Ya Allah..Pimpinlah aku ke dalam cahayaMu..Terangilah aku dengan sinarMu..Lindungilah aku di bawah naunganMu..Lindungilah kami Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau tidak menciptakan sesuatu itu untuk disia-siakan..Kembalilah Nur Iman..

~Maaf dipohon~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah,ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda..

Salam perjuangan buat sahabat2 sahsiah.... menitis air mata tatkala menulis blog disaat nie... Maaf krn x dpt bersama kalian untuk program kali nie... Rasanya dah bnyak kali program aku x dapat turun... Harap sahabat2 paham situasi yang nrl...

Betapa aku sangat bersyukur pada Allah,kerana dikurniakan padaku sahabat-sahabat yang sangat baik padaku..Mereka terlalu baik untukku.Terima kasih ya Allah..
Aku sangat terharu bila sahabat-sahabatku menyatakan perasaan rindu dan sayang mereka padaku..Aku rasa amat-amat dihargai,dan kadang2 aku rasa bersalah..Bersalah kerana tidak pandai menyatakan yang aku juga amat menghargai mereka sebenarnya. Kawan-kawan adalah orang terpenting dalam hidup aku.Walaupon aku tidak pandai dan tidak selalu menyatakan yang aku merindui kalian,sebenarnya aku tidak pernah melupakan kalian.
Aku akan belajar untuk lebih menghargai apa yang aku ada hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari. and special thanks for your support selama ni.Terima kasih kerana masih menyayangi nrl. Nrl harap ukhuwah fillah kita kan kekal selama-lamanya.. Nrl mohon, janganlah lepaskan tangan nrl,kerana nrl ingin sentiasa beriringan dengan kalian,dalam perjuangan dan hidup ini.
Subhanallah..hidup dalam kenangan sememangnya lebih memeritkan dari berpijak di bumi nyata..kenangan buat aku rasa sedih sangat kerana aku cukup pasti saat itu takkan dapat kembali selama-lamanya.Sebab tu kadang-kadang bila bersendirian,aku akan cuba mengelak dari mengimbau kenangan, kerana itu akan membuat hati terasa menyesal tidak melakukan ini dan itu. Justeru, berpijaklah di alam nyata,apa yang kita ada hari ini,hargailah sebelum ia menjadi kenangan yang takkan dapat kembali.
Jika ingin dicari,siapa model sahabat terbaik..Rasulullah adalah orangnya. Jika ingin dicontohi untuk menjadi sahabat yang paling memahami..Rasulullah adalah contohnya. Teladanilah baginda dalam bersahabat.Bertemu dan saling menyayangi kerana Allah,andai terpisah redhalah kita kerana Allah.. last.. thankz akhi edit gambr keluarga sahsiah nie.... hehehe... gmbr nrl nie.... zaman bila la akhi ambik nie...

~Tahniah buat sahabat sahsiah ustaz Harith dan Nadia~


Pertama sekali Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana izan kan nrl edit blog nie... rasanya dah lama x update blog.. maaf sesngat... agak bz 2 3 minggu nie... kesempatan nie jugak nak ucapkan Selamat bertunang.. Rasanya dah lambat.. tp biar la jadi org terakhir... apa pun keluarga sahsiah doakan semoga berbahagia n semoga kekal buat selamanya... Buat akhi dan kak sue... aii bila lagi nie nak dapat anak sedara nie??? pas nie ustaz aris n nadia plak... emm kak long?? x nak menyusul ke??? hehehe...sebelum terlupa.. ustaz aris tunang x cakap jgn plak kenduri x panggil yer.... sir sungguh aih... Apa pun.. TAHNIAH sekali lagi...