CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 16, 2009

Sahabat

Salam perjuangan... 2 3 hari nie rasa x sedap hati... mudah sngat terasa... mungkin terlalu sibuk dengan project, bengkel tambahan pulak exam dah hampir... masalah keluarga, sahabat... Harap Allah kuatkan hati ini utk tepuh ujian dunia yang sementara...

dakwah+perjuangan +study....
Terbuka fikiran bila td ym ngan sahabat dari bumi madinah...
Tersedar bahawa method dakwah perlu disesuaikan mengikut persekitaran dan kategori sasaran, agar penyampaian berkesan... Ada kisah yang boleh membuatkan keegoaan seseorang luntur yang kita sering dengar melalui pembacaan kita,Usrah,kuliah, dan sebagainya..Ceritanya bermula.....Begini...
Suatu ketika Ahmad dan Ali(Bukan nama sebenar) bermusafir ke satu perjalanan yang jauh. tiba2 Ahmad dan ali bertengkar untuk menentukan jalan yang patut dilalui... nyata kesilapan Ahmad,ttp saling salah menyalahi antara 1 sama laen, sehingga membuatkan mereka tersesat jauh..Akhirnya PAAAANGGGG......aLI menampar Ahmad kerana tertekan .. Tiba di perhentian, Ahmad terus menulis "HARI INI SAHABATKU MENAMPAR KU"... diatas pasir..

Mereka meneruskan perjalanan, Tiba di tepian pantai, laut bagai memanggil mereka untuk mandi kerana cuaca yang agak panas membuatkan badan mereka tidak selesa. AHMAD bersedia untuk mandi, Hampir 20minit...TIBA2..AHMAD hampir lemas..Segera Ali berlari dari permukaan air bagi mendapatkan Ahmad yang jauhnya hampir 200m darinya..Bantuan pernafasan segera dilakukan,AHMAD berjaya di selamatkan..

AHMAD segera mengukir sesuatu pada batu yang berhampiran dan menulis..."HARI INI SAHABATKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.."

Ali merasa pelik dengan tindakan AHMAD...Lantas Ali bertanya apa yang kau lakukan? apa motif sebenar pasir dan batu?
Lantas AHMAD menjawab..." Tika sahabat melukai hati kita,kita harus menulisnya pada pasir kerana Angin Kemaafan mudah menghapuskan tulisan..Dan pabila sahabat kita berbuat sesuatu kebaikan, aku pahatkan pada batu agar tetap dikenang dan tidak hilang ditiup waktu...

Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya. Andai aku ada menyakiti kalian aku mohon dimaafkan, andai aku tersala arah dan langkah, aku pohon petunjuk dari kalian...
TERIMA KASIH SAHABAT...

Tarik Nafasmu Sedalamnya

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده

اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله
- Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asror
اللهم صلي وسلم على سيدنا ونبينا محمد الكريم وعلى آله وصحبه اجمعن


Salam persaudaraan! Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian duduk diam seketika, atau mungkin boleh saja kau pejamkan mata. Gelap! Dalam keadaan gelap-gelita itulah kau cuba nyalakan cahaya, atau dalam keadaan begitu kau bergerak saja menggunakan mata hati, kerana mata hati sebenarnya mampu menembusi apa saja.

Apa yang kita ingini dalam hidup ini sebenarnya? Hidup dan kehidupan bagaimana yang kita dambakan? Jawapan mudahnya, semua orang mahu senang! Mahu apa saja yang diingininya, apa saja yang diidamkan dan diimpikannya dapat dipenuhi tanpa bersusah-payah.

Tarik nafasmu dalam-dalam dan pejamkan mata! Dalam kegelapan itu kau tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kehidupan yang sebegitu mudah?

Kau mungkin ingin sekali memberikan jawapan 'YA', atas dasar apa yang kau lihat di sekelilingmu. Benarkah apa yang kau lihat itu sebagai sebuah realiti? Atau ia hanya sebuah bayangan indah yang
telah mengaburi pandangan matamu, yang mengelabui mata hatimu? Kau pasti akan termenung seketika kerana celaru mencari jawapan hakiki. Lalu kau akan berada buat beberapa ketika dalam lingkungan dunia tak pasti.

Kau ingin hidup bahagia, dengan memiliki segala apa yang indah, yang sempat singgah di mindamu. Soalan mudah - Siapa yang tak ingin kehidupan begitu? Rasanya tak ada seorang pun yang mahu menolak kehidupan mewah, kerana kita sekalian hamba ini memang sentiasa bernafsu dan berselera untuk bersenang-lenang.

Bagaimana pun, nasib di antara kita sekalian hamba ini tidak sama. Takdir untuk kita setiap hamba ini tak serupa. Kerana, Maha Pencipta itu Maha Mengetahui tentang apa yang dicipta-Nya. Maha Mengetahui tentang segala sebab dan akibat terhadap kita sekalian hamba ini. Hanya kita hamba ini saja yang tidak berapa mahu ambil tahu, walaupun telah diberitahu tentang segala apa yang patut diketahui.

Kenapa nasibku begini? Malang sunyi, sentiasa dilanda kecewa dan Ahh, sebuah keluhan dilepaskan. Adakah ini bunyi sebuah keluhan seorang hamba yang tak pandai bersyukur? Adakah ini keluh-kesah seorang hamba yang putus asa dengan hidupnya? Adakah ini rintihan dan ratapan seorang hamba yang tidak redha terhadap ketentuan Maha Pencipta? Segalanya mungkin, dan kemungkinannya juga ungkapan seperti ini pernah kita lafazkan!

Soalnya kenapa? Jawabnya, kerana apa kita hamba ini diciptakan oleh Maha Pencipta. Kita sekalian hamba ini boleh saja melontarkan sejuta satu persoalan, tapi sedarkah kita bahawa segala jawapan telahpun tersedia. Cuma, kita hamba ini saja yang buta! Yang melihat dengan mata, tapi tak nampak satu apa benda!

Kita hamba ini mahukan bahagia sepanjang masa, tapi kenapa pula dihadiahkan dengan derita? Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata apabila kau menyedari bahawa ketika ini kau berdiri di atas muka bumi yang tiada kekalnya, maka kau akan mampu mencari jawapannya. Kita sekalian hamba ini dihantar menghuni dunia untuk diduga. Maha Pencipta sudah berjanji tentang imbuhan-imbuhan yang akan diberi-Nya. Namun, percumakah segalanya? Kita harus buktikan kesetiaan, kita harus tunjuk sifat kehambaan kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa.

Hidup dan kehidupan ini sering kita gambarkan sebagai indah. Tahukah kau bagaimana keindahan sebenar dalam hidup dan kehidupan ini? Cukupkah kau gambarkannya dengan memiliki harta menimbun sebagai hidup yang indah? Bukan! Bukan itu dan bukan di situ indahnya!

Sesuatu yang indah mesti seimbang dan mempunyai imbangan - Ada Pro ada Kontra. Makanya, kehidupan yang indah adalah apabila kebahagian itu disulami dengan derita - sebagai sebuah sentuhan hikmat agar kita tak alpha untuk selamanya. Kita perlu merasa duka setelah kita diberi kegembiraan - Agar kita tak terus ketawa sampai tak ingat dunia! Bukankah dalam hidup dan kehidupan ini segalanya berpasang-pasangan? Jadi, keindahan dalam hidup itu berlaku apabila kita mampu melengkapkan setiap pasangannya.

Namun, hakikat kita hamba ini lain benar mahunya. Mahu senang, mahu ketawa, mahu gembira sepanjang masa! Jika begitu yang sering kau fikirkan, tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata. Pertama-tama, ingatlah bahawa kau kini berpijak di alam fana bukannya di syurga! Kehidupan alam fana inilah nanti yang menentukan kehidupan kekalmu.

Untuk kesekian kalinya tarik nafasmu dalam-dalam sebelum nanti kau tidak akan bernafas lagi, kemudian pejamkan matamu rapat-rapat sebelum ia terpejam selamanya lalu, tidakkah kau syukuri dengan apa yang telah diberi-Nya selama ini?

Jangan kau ratapi nasib sendiri,
Jangan kau tangisi kehilangan yang dialami,

Syukur atas apa yang diberi,
Redha dengan apa anugerah ilahi.

Wanita : Menurut Syeikh Said Badiuzzaman An-Nursi


Wanita...lembut dalam pandangan mata...tapi bisa menggugat isi dunia"

"Wanita...kerananya lelaki menerobos tembok besi, gagah menjulang risalah Nabi.... Wanita...kerananya lelaki terjerumus ke lembah kibir firauni, melapah manusiawi..."



Said Nursi pernah menceritakan, betapa pentingnya seorang perempuan. Hinggakan dikhususkan sebuah risalah di dalam Rasail al-Nur bertajuk "Murshid al-Akhawaat". Penghargaan Nursi terhadap bondanya sangat tinggi. Bonda Nursi bernama Nurriyye.


Nursi menukilkan, segala ilmu dan kelebihan yang dimilikinya adalah berpunca daripada bazrah (benih) yang telah disemai oleh bondanya itu. Tanpa bondanya menyemai benih yang baik sejak kecil, mana mungkin hatinya cenderung untuk berada di lebuhraya yang terus menghala ke akhirat ini. Faktor primernya adalah asuhan dan didikan bondanya yang sungguh tinggi taqwa dan wara'nya. Guru-guru dan masyaikhnya pula bertanggungjawab menyuburkan benih hasil semaian bondanya itu. Tapak kukuh dibina oleh bondanya Nursi sendiri, tidak orang lain.


Semasa Nursi masih kecil, kelebihannya begitu terserlah di kalangan teman sebaya malah yang lebih besar dibanding Nursi. Kelebihan Nursi terserlah dari sudut kecerdasan dalam pelajaran, mahupun kekuatan fizikalnya. Gurunya pernah menziarahi keluarga Nursi untuk melihat faktor yang membentuk peribadi unik Nursi ini. Masya Allah...kawan-kawan nak tahu, bila ditanya pada Nurriyye bonda Nursi itu, apakah rahsia di sebalik kelebihan anak-anaknya itu? Nurriyye penuh tawadhuk menjelaskan, "saya tidak meninggalkan solat malam sejak dahulu, kecuali ketika uzur syar'ie...dan saya tidak akan menyusukan anak-anak tanpa ada wudhuk"


Tahulah gurunya...tidak mustahil ibu seperti ini, akan melahirkan anak seperti Nursi. Ketaqwaan dan kewara'an ayahanda Nursi juga tidak terkecuali. Ayahandanya yang dikenali sebagai Sufi Mirza tidak akan memberi makan keluarganya dari sebarang unsur syubahat. Hatta ternakannya dipastikan tidak memakan rumput-rumput milik orang lain, beliau akan mengikat mulut lembu-lembunya sehingga sampai di ladangnya sendiri baru dilepaskan. Ini semata-mata, memastikan hasil susu dan daging yang akan dijamu pada keluarganya tidak tercemar dengan harta orang lain. Masya Allah, Tabarakallah.


Sejak berusia, sembilan tahun, Nursi telah terpisah dari bondanya. Ketika mendengar berita bondanya telah kembali ke rahmatullah, menangislah Nursi yang ketika itu dalam buangan jauh sama sekali dari keluarga dan kampung halaman. Pemergian bondanya diumpakan seolah hilanglah separuh dari dunianya...Ya Baqi, Anta al-Baqi, Ya Baqi, Anta al-Baqi.. Hasbunallahhu wa ni'mal wakil, ni'mal mawla wa ni'man nasir.


Nursi sangat menghargai makhluk yang bergelar perempuan. Beliau mengingatkan makhluk yang begitu cantik kejadiannya ini supaya tidak sampai menjadi bidadari Jahannam. Lantaran tenggelam dalam arus dunia yang penuh tipu daya. Mempergunakan segala kelebihan kurniaan Allah untuk merosakkan lelaki dan membawa fitnah dahsyat di akhir zaman. Hati-hatilah wahai wanita...


Nursi mempertegaskan, wanita adalah hulubalang atau perwira kepada tajalli sifat Jamal Allah. Wanita adalah hero kepada sifat rahmah, ra'fah, hanan dan syafaqah. Sifat-sifat ini guna untuk mendidik keluarga, suami dan anak-anak. Bukan guna buat merosak lelaki. Bukan pula memburu persamaan hak. Lelaki dan perempuan punya tanggungjawab yang berbeza, sebab itu dikurnia fisiologi dan psikologi yang juga berbeza. Lelaki dan perempuan tidak pernah ada persaingan atau perlumbaan dalam dunia ini, kerana tidak akan ada sesiapa yang menang. Dua makhluk ini tidak perlu bersaing sama sekali, malah perlu lengkap melengkapkan. Allah menjadikan lelaki dan perempuan adalah untuk saling menyempurnakan. Masing-masing punya tugas dan tanggungjawab. Masing-masing punya taklif.

Petikan:
http://albazrah.blogspot.com/2006/05/perempuan-di-hati-nursi.html

Thursday, October 15, 2009

ذکرالله

بسم الله الرحمن الرحيم



اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar

Merindukan Allah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ketika malam telah larut, alam fikiranku melayang mengembara kearah kegelapan malam, fikiranku menerawang kesebuah kuburan yang kaku, gundukan tanah merah yang dingin, perut bumi yang menjadi kediamanku kelak, didalamnya tak lain cacing dan serangga pemakan bangkai, tubuhku yang tak mampu menepis binatang yang menggerogotiku dan menjadikan tubuhku sarang dan tempat bertelur, alangkah tak berdayanya tubuh ini, sahabatku meninggalkanku, anak istriku meninggalkanku, orangtuaku meninggalkanku, semua orang yang kukenal melupakanku, mereka tak mau ikut mati bersamaku, mereka tak mau tahu lagi apa yang menimpaku dikuburku, mereka tak mau walau hanya menepiskan cacing yang menggerogoti tubuhku, mereka tak perduli lagi tubuhku membusuk sedikit demi sedikit, hingga tubuhku hancur dan berbau, hingga tubuhku menjadi tulang, lalu habis musnah menjadi tanah, kemana aku akan pergi, ruhku akan melayang memenuhi panggilan Penciptaku.


Wahai ALLAH, tak ada selain MU, Engkaulah yang akan menepiskan semua serangga yang mendekati tubuhku, akan Engkau jaga tubuhku yang masuk dalam perut Bumi, Engkau mendengar jeritan hatiku yang merindukan MU, maka dengarlah Wahai yang menciptakan harapan, wahai yang menciptakan segala kerinduan, wahai yang menciptakan keinginan untuk mengadu, kulontarkan kalimat yang kini hampir memecahkan kalbuku, aku tak mempunyai selain MU untuk mengadu, untuk menolong, untuk memberi, untuk diharapkan, untuk bergerak, untuk bernafas, untuk berucap, untuk bersuara, untuk mendengar, untuk melihat, untuk melangkah, untuk bergerak, untuk berfikir, untuk makan, untuk minum, untuk tersenyum, untuk bergembira, untuk segala galanya, selain MU, semua yang ku miliki, dan yang tak ku milki adalah milik MU, tubuhku milik MU, makananku milik MU, semua yang ku lihat milik MU, semua yang ku dengar Milik MU, semua yang ku ucapkan milik MU, semua langkahku milik MU, setiap nafasku milik MU, setiap detik jantungku milik MU, perasaanku milik MU, kerinduanku milik MU, harapanku milik MU, kesedihanku milik MU, kegembiraanku milik MU…


Alangkah indahnya wahai RABB, Karena Engkau memilikiku, Engkau menggenggam diriku, Engkau mengaturku, Engkau menjagaku, Engkau melindungiku, Engkau mengayomiku, Engkau melimpahkan kelembutan MU padaku, aku merindukan MU wahai ALLAH, Engkau memanggilku agar aku dekat kepada MU wahai ALLAH.


Wahai yang menciptakan cinta kasih di seluruh kalbu hamba NYA, Engkau menghendaki aku mencintai MU wahai ALLAH, wahai yang menciptakan lidah saling menyebut nama nama hamba NYA, Engkau menghendaki aku menyebut nama MU wahai ALLAH, wahai yang menciptakan segala yang indah, keindahan yang terlihat dan yang tak terlihat, keindahan yang terdengar dan tak terdengar, keindahan yang terucapkan dan tak terucapkan, keindahan yang terasa dan tak dapat dirasa, keindahan yang diketahui dan yang tak diketahui, keindahan yang tersaksikan dan yang tersembunyi, semua keindahan itu berasal dari keindahan MU wahai ALLAH, maka betapa indahnya Engkau, betapa lembutnya Engkau…


Maka Wahai Pencipta Keindahan, Wahai Pencipta Kelembutan, Wahai Pencipta Kasih sayang, sebagaimana Engkau perlihatkan keindahan yang ada pada makhluk MU, sebagaimana Engkau perlihatkan kelembutan yang ada pada makhluk MU, sebagaimana Engkau perlihatkan kasih sayang yang ada pada makhluk MU, maka perlihatkan padaku Keindahan MU wahai ALLAH, perlihatkan kelembutan MU wahai ALLAH, perlihatkan kasih sayang MU wahai ALLAH, walau hanya berupa harapan, walau hanya berupa sangkaan, walau hanya berupa khayalan, walau hanya berupa kerinduan, walau hanya berupa keinginan, walau hanya berupa airmata, walau hanya berupa pemberian, walau hanya berupa lamunan, walau hanya berupa kemudahan, walau hanya berupa pertolongan, asalkan aku mengetahui bahwa itu datang dari kelembutan MU, datang dari kasih sayang MU, datang dari keindahan MU…


Alangkah kecewa hamba yang hanya memiliki harapan, hamba yang hanya memiliki khayalan, hamba yang hanya memiliki lamunan, hamba yang hanya memiliki kerinduan, hamba yang hanya ingin dekat, hamba yang hanya mendambakan kelembutan, hamba yang hanya mendambakan ayoman, hamba yang hanya mendambakan kasih sayang, sedangkan modal semua harapanku hanyalah airmata, apakah ia harus dikecewakan oleh yang Maha tak mengecewakan…


Alangkah hancur perasaannya kalau kerinduannya ditolak oleh yang Maha tak menolak kerinduan, alangkah berkeping-kepingnya kecintaannya, bila keinginannya untuk dekat tertolak oleh yang Maha tak menolak hamba NYA yang ingin dekat, itu semua tak ada pada Dzat MU, itu semua tak ada dalam sifat MU, itu semua tak ada pada perbuatan MU, apalagi yang membuatku tertolak sedangkan Engkau yang Maha menerima, apalagi yang membuatku tersingkir sedangkan Engkau yang Maha merangkul, apalagi yang membuatku terjauhkan, sedangkan Engkaulah yang maha mendekatkan, salahkah aku merindukan MU, sedangkan Engkaulah yang menciptakan kerinduanku pada MU, salahkah aku menginginkan dekat pada MU, sedangkan Engkaulah yang menciptakan keinginanku untuk dekat kepada MU, salahkah aku merasa tenggelam dalam samudra Kelembutan MU, sedangkan Engkaulah yang menciptakan perasaa itu dihatiku…?


Wahai ALLAH, wahai yang menamakan diri NYA ALLAH, wahai yang menginginkan nama NYA dipanggil ALLAH, wahai yang menginginkan lidahku memanggil Dzat NYA dengan panggilan ALLAH, wahai yang menginginkan aku mengharapkan NYA dengan mengingat nama ALLAH, wahai yang menciptakan lidahku bergetar menyebut Nama ALLAH, wahai yang memberikan kemampuan pada jemariku menuliskan nama ALLAH, maka dengan kemauan MU ku sebut namamu ALLAH, dengan keinginan MU ku rindukan Engkau ALLAH, dengan keinginan MU aku ingin dekat kepada MU wahai ALLAH, salahkah aku berkeinginan, salahkah aku merindukan, salahkah aku ingin dekat, sedangkan semua getaran kalbuku itu adalah keinginan MU wahai ALLAH?


Maka sebagaimana Engkau jadikan cacing merangkak tanpa tangan dan kaki, maka jadikan aku merangkak kepada MU tanpa hambatan, sebagaimana Engkau jadikan anjing najis bertasbih mensucikan MU, maka jadikan aku pendosa hina yang mendambakan MU, sebagaimana Engkau jadikan air mengalir menjadi beku, maka jadikan harapanku mengalir kearah MU dan membeku dipintu MU, sebagaimana Engkau jadikan gunung batu menjadi debu, maka jadikan seluruh kesalahanku menjadi debu dihadapan Keagungan MU, sebagaimana Engkau jadikan bumi perkasa terinjak injak, maka jadikan hawa nafsuku terinjak injak kerinduanku kepada MU…


Sebagaimana Engkau jadikan Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan, maka jadikan kesombonganku terhinakan oleh kewibawaan MU, sebagaimana Engkau jadikan sesuatu yang bergerak menjadi diam, maka jadikan tubuhku yang bergerak berubah diam dari segala yang tak Engkau redhai, sebagaimana Engkau jadikan semua yang ada menjadi fana, maka jadikanlah gunung dosa ini fana dalam kelembutan MU, sebagaimana Engkau jadikan yang tak mungkin menjadi kepastian, maka jadikan semua ketidak mungkinanku untuk dekat menjadi janji kepastian…

ALLAHu RABBi…

Nukilan Indah :
Habib Munzir bin Fuad Almusawa

ALLAHu a`lam bisawab.

Tugas Penuntut Ilmu

Secara Umum, dapat digariskan empat tugas seorang penuntut ilmu:

1 ) Memperbetulkan Niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan ALLAH. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.


Sabda RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam :

"Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana ALLAH, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..."
(Riwayat oleh Abd. Razak)


Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.



2 ) Berterusan Dalam Menuntut Ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.


Firman ALLAH Azzawajalla:

"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu."
( surah Toha ayat 114 )




3 ) Sabar
Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual.
Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.



4 ) Memuliakan Guru
Sabda RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam:

"Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim."
(Riwayat Abu Daud)




Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru ytang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan ALLAH Azzawajalla.



Akhlak Penuntut Ilmu

1 ) Merasakan Tanggungjawab Ilmu
Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal dia berkata RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam bersabda:

"Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya."
(Riwayat oleh at-Tabarani dengan isnad yang sahih)




2 ) Menjaga Amanah Ilmiah
Sabda RasulALLAH ShalALLAHu`alaihiwasalam:

"Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya ALLAH akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat."
(Riwayat At-Tabarani)




Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan "tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.



3 ) Tawadduk
Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk.


Firman ALLAH Azzawajalla:

"Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja."
( Surah al-Isra' ayat 85 )




4 ) Mulia Diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,


Firman ALLAH Azzawajalla:

"Kekuatan itu hanyalah kepada ALLAH, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui."
( Surah al-Munafiqun ayat 8 )


"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi ALLAH-lah kemuliaan itu semuanya."
( Surah Fathiir ayat 10 )




5 ) Beramal Dengan Apa Yang Dipelajari

Firman ALLAH Azzawajalla:

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"
( Surah al-Baqarah ayat 44 )




6 ) Sentiasa Berusaha Untuk Menyampaikan Ilmu

Firman ALLAH Azzawajalla:

"Dan (ingatlah) ketika ALLAH mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ) ke
belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima."
( Surah Ali Imran ayat 187 )



Oleh: Azmi Hashim
Suara Persatuan Ulama' Online


ALLAHu a`lam bisawab.

Wednesday, October 14, 2009

Hαti ♥ Bєrhαti-hαti

بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar

"Ketahuilah, wahai Saudara² sekalian, moga² ALLAH تعالى Menggolongkan kita sekalian ke dalam kumpulan orang² yang lurus dan bersih naluri nya lahir dan batin serta mengikuti jejak langkah dan kepercayaan yang hak (benar) dan mengamalkan dengan nya. (Amiin ALLAHumma amiin) Bahwasa nya antara perkara² yang terpenting atas setiap Mu`min, ialah memerhati dan mengamat-amati gerak-geri hati dan segala anggota tubuh, mengawas kedua nya, berusaha sesungguh yang boleh untuk memelihara dan menahan nya dari terjerumus ke dalam perbuatan yang dimurkai ALLAH dan dibenciNYA sambil menganjur dan menggalakkan nya untuk berkecimpung ke dalam perbuatan² yang diredhai dan dikasihiNYA.


ALLAH سبحانه وتعالى telah berfirman :

"Sesungguh nya pendengaran, penglihatan dan hati (kebatinan), semua itu akan dipertanggungjawabkan." - al-Isra` ayat 36



Hati dan semua anggota badan itu merupakan ni`mat² utama ALLAH bagi hamba²NYA. Barangsiapa yang menggunakan nya untuk ketaatan terhadap ALLAH تعالى, dan menyerikan nya dengan perbuatan² yang menimbulkan Kasih-SayangNYA, itu bermakna ia telah mensyukuri ALLAH تعالى, dan memelihara kehormatan anggota² itu serta meletakkan perkhidmatan nya pada tempat nya yang baik, kerana itulah anggota² itu dicipta dan dijadikan oleh Tuhan. Sebab itu, maka ia akan memperolehi pahala orang² yang bersyukur kepada ALLAH تعالى serta balasan orang² yang berbuat kebajikan terhadapNYA, kerna ALLAH سبحانه وتعالى tidak akan mensia²kan pahala orang² yang berbuat baik.


Barangsiapa membiarkan hati nya serta seluruh anggota nya melanggar larang² ALLAH تعالى, mencuai dan mensia²kan perintah²NYA, tidak pernah menunaikan nya, maka ia telah mengkufuri ni`mat ALLAH pada anggota² itu, dan kerna itu ia harus membayar denda dan menerima siksaan ALLAH تعالى. Di hari Kiamat kelak semua anggota² itu akan menjadi saksi di hadapan ALLAH تعالى atas segala maksiat yang dikerjakan dahulu di dunia.


Firman ALLAH تعالى :

"Di hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan yang telah mereka kerjakan." - an-Nur ayat 24



FirmanNYA lagi :

"Pada hari itu, KAMI Tutup mulut mereka, akan tetapi tangan mereka akan berkata² kepada KAMI, dan kaki mereka akan menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan." - Yasin ayat 65



Adapun peranan hati itu, maka ia sebagai kepala anggota dan ketua nya. Pada nya tergantung segala baik atau buruk nya gerak-geri anggota. Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda :

"Ketahuilah, bahwasa nya di dalam tubuh itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh itu. Jika buru, buruk pula seluruh tubuh. Ia tiada lain melainkan hati."



Adapun anggota² yang dimaksudkan itu ialah tujuh kesemua nya; iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم



Wahai ALLAH, Tuhan yang telah Menciptakan kami, kami Berlindung kepadaMU dari keburukan
yang kami lakukan, dan kami Berlindung kepadaMU, dari segala sesuatu yang mengundang KemurkaanMU baik dari perkataan, perbuatan, niat serta keyakinan,
sesungguh nya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat...



وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب

.:Di Atas Sejadah Cinta:.

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku




Ajarkanlah aku mengenal cintaMu ya Allah...