CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 8, 2009

Aku ingin menjadi pasir.....


Aku bukanlah permata yang bersinar gemilang

Bukan juga mutiara yang terbenam di dasar lautan

Yang terus dipuja dan dijulang

Yang menjadi idaman setiap insan


Aku bukanlah serikandi yang terbilang

Bukan jua muslimah harapan

Realiti dan hakikat itu tak akan pernah hilang

Kerna aku sekadar mawar di pinggiran


Seringkali aku perkatakan

Aku pendokong panji perjuangan

Yang ingin sama meniti jalan kemenangan

Namun kesalku tidak bertepi mengenangkan

Aku seringkali tersungkur kekalahan

Mujahadahku umpama benteng rapuh yang berderaian


Aku hanyalah seorang aku

Yang lemah meniti waktu

Berusaha sekadar mampu

Untuk tiba ke destinasi itu


Namun, apakah aku harus terus begitu?

Bukankah usaha ala kadar bukan pilihanku?


Aku hanya ingin ingin bersama dalam rantai perjuangan ini

Aku ingin sekali sama2 tegak berdiri

Menegakkan syariat mempertahankan agama Ilahi

Moga di situ dapat kukenali kasih suci

Yang memberikan makna cinta hakiki


Moga kasih nan abadi itu

Menjadi teduhan rapi untukku

Moga tidak kuterus dihanyutkan waktu

Tidak terus berpaut pada dahan yang rapuh kaku


Aku bagaikan sebutir pasir di pantai

Yang tenang megikut cuaca

Yang terhempas menderita dilanda badai

Yang berkilauan dipanah mentari senja


Cuma ingin kujadikan pasir ini

Sebutir pasir yang bersama-sama membina batu

Batu yang membangunkan benteng suci

Yang terus-terusan memelihara agamaMu

"SELAMAT HARI IBU MA"


Warkah ini kutujukan buat mama tercinta yang sentiasa dalam ingatanku hingga ke saat ini dan selamanya…


..Mama,
Betapa hati ini ingin mengucapkan terima kasih kepadamu atas kesanggupanmu memikul segala bebanan dan kesusahan mengandungkan diri ini dalam kandunganmu selama berbulan-bulan lamanya, terima kasih atas pengorbananmu menanggung keperitan untuk melahirkan diri ini ke muka bumi 23 tahun yang lalu, terima kasih atas kelembutanmu menjaga diri ini saat diri ini masih bayi serta kesedianmu bersekang mata menahan tidurmu semata-mata melayan tangisku dan menjagaku daripada gigitan nyamuk di malam hari, terima kasih kerana keramahanmu menyuapkan makanan di mulutku serta kesabaranmu melihat makanan yang disuap itu tersembur keluar mengotorkan tempat makananku, terima kasih atas kerajinanmu melatih aku berdiri, berjalan dan berlari dengan sebaiknya termasuklah kepetahanmu mengajarku bertutur sedikit-demi sedikit tanpa jemu dan malas walau yang mampu disebutku ketika itu hanyalah tangisan, terima kasih atas kesabaranmu melayan kerenahku yang pastinya lebih banyak menyusahkan dirimu namun dikau sentiasa mengukirkan senyuman kasih-sayangmu yang tidak berbelah bagi ke atas diriku, terima kasih kerana pergorbanan itu masih berterusan….Saat diri ini sudah mendapat pendidikan formal ternyata dikau masih sanggup meluangkan masamu menemakan diri ini walau tugasmu yang lain masih banyak yang belum diselesaikan, bahkan setelah pulang dikau menyediakan makanan kegemaranku dengan tanganmu yang tidak pernah kenal erti penat dan malas untuk terus memberikan yang terbaik untuk diriku, dikau jua sering gelisah andai aku ditimpa musibah dan masalah dalam hidupku, betapa kasih sayangmu sering menjadi benteng kemarahanmu andai ada salah dan silap yang kuperbuat, kasih sayangmu tidak pernah berubah dan ia sentiasa hadir dalam sikap dan tutur bicaramu sejak diriku masih kecil hinggalah dewasa, Kasih sayangmu jua sering menjadi pengubat kesedihanmu jika ada perbuatanku yang tidak dikau senangi bahkan dikau sering menyembunyikan kesedihanmu itu jauh di sudut hatimu hingga ia terus lenyap lantaran kasih sayangmu yang cukup tebal tersemat dalam jiwamu, kasih sayangmu juga menjadi kekuatanmu untuk berdepan dengan segala kesulitan yang muncul semasa menjaga diriku dan dikau tidak pernah mengatakan bosan untuk menjaga seorang insan yang bergelar anakmu ini bahkan kegembiraan demi kegembiran, kepuasan demi kepuasan yang sering dikau rasakan lantaran hadirnya bukan hanya diriku seorang tetapi empat orang semuanya. Betapa ALLAH telah menunjukkan kasih sayang-Nya dengan memberikan diri ini seorang manusia yang bergelar MAMA.


Mama yang kuhormati,
Hari ini, diri ini semakin meningkat dewasa dan seringkali segala pengorbananmu dahulu kulupai sedikit demi sedikit kerana diri ini sudah mempunyai tugas dan tangungjawabnya sendiri, jika dahulu diri ini sering memerlukan pertolonganmu kerana masih belum mampu berdikari, tetapi setelah tahun demi tahun berlalu dan diri ini sudah boleh berdikari maka pertolonganmu seolah-olah sudah tidak diperlukan lagi atau semakin kurang diperlukan. Untuk itu izinkan ku memohon maaf darimu jika diri ini pernah membuatkan hatimu gelisah, maafkan diriku jika diri ini pernah membuatkan dikau merasa sendirian lantaran berada jauh darimu, maafkan diriku jika pernah membuatkan dikau tidak lena tidur memikirkan diriku yang sudah kurang menghubungimu, maafkan diri ini jika pernah menguris hatimu lewat kata-kataku yang tidak dikau sukai, maafkan diri ini jika pernah membuatmu menangis lewat tingkah laku atau keputusan yang kuperbuat tidak seperti yang dikau inginkan, maafkan diriku jika pernah membuatmu kecewa lantaran kesilapan yang kulakukan dihadapanmu, maafkan diriku jika pernah kupaparkan keegoanku dihadapanmu lantaran tidak bersetuju sesuatu perkara denganmu, maafkan diriku jika pernah kutinggikan suaraku ketika berbicara denganmu hingga airmatamu mengalir tanpa pengetahuan diriku, Adakah dikau sudi memaafkan diri ini MAMA??


Mama yang kuhargai,
Sukarnya lidah ini melafazkan rasa cinta kepadamu saat dikau bersama-sama denganku, dan dikau masih belum mendengar ucapan itu terungkap dariku.. Airmata ini akan mula mengalir saat menghayati bait-bait lagu yang berkaitan dengan IBU, ketahuilah, mama adalah anugerah ALLAH yang tidak mungkin dicari gantinya. Kupanjatkan doa buat mama tercinta, moga diterima segala amalan kebaikanmu dan diampuni segala dosamu serta menjadi pahala yang berpanjangan buatmu.


MAMA...

"Selamat hari IBU" dr anak-anakmu...

abg... kakak... adik... n bani yang amat MENCINTAIMU……


“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."[Al Israa’ 17:24]

Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku.....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine.... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada........... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

sama2 kita renungkan....