CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 10, 2009

~Cinta seorang ISTERI~


'Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,'Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin danFarihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.'Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,' sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.'Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,' masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.'Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,' Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.'Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?' pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.'Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,' terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.'Kak Aliyah yang minta,' masih lembut dia memujuk Qis.'Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?''Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!' terkejut Asraf Mukmin.'Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,'Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.'Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,'Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putramengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkanAbg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

cuma sampingan...




Senarai Nama Jepun

Sekarang ni ramai mak bapak suka bagi nama anak dalam bahasa Jepun. Macam trend pulak. Ada yang dah elok2 nama Melayu nak jugak tukar sempena nama pelakon atau penyanyi Jepun. Nampak sangat tak bersyukur. Main letak je nama sebarang tapi tak tau maksud. Ini semua sebab pengaruh drama & anime Jepun yang berlambak masuk ke siaran TV negara. Kepada bakal2 mak & bapak, ada beberapa nama best untuk bagi kat anak korang yang bakal lahir nanti:
01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

dua pemuda yang suka cakap besar sedang berbual di kedai kopi...
Abu : kat bendang bapak aku banyak sungguh ikan....selak je rumput nampak ikan...selak rumput nampak ikan...fuuu
Ali : alaa...bendang bapak aku laaagi banyak laa....kena selak ikan baru boleh nampak rumput....

TAK SIAPA BERANI CURI
Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.
Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.
Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

ATOK DAN CUCU
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah." Atok buat apa tu?"
" Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya.
" Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

SILAP SMS
Seorang lelaki yang berjauhan menghantar emailkepada isterinya tetapi alamat email telah salahditaip lalu email tersebut melencong terus kepadaseorang wanita yang baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan....Apa ditulisnya..... ?
Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untukmenunggu kedatanganmu esok...........Ah panassekali di sini....

TUMPANG LALU AJE
Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan... ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."

Dua org pemandu ngan tuannya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Ana ke antum dserang virus???

Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem "firewall" berupa software Iman.

Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinibadah. doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar ke seluruh komputer hati mereka. Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingka- peringkat.

Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak syaraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidak dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file "cintadunia. exe".

 Lalu masukan disket anti virus yang berisi file "syakshiyah. exe" yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software "iman". Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun "installer iman" secara percuma.

Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisi file "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc" . Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih…