CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 1, 2009

Bila Sepasang Mata Menjadi Hadiah


Ingatkah dikau dimana di dalam sejarah

Sepasang mata menjadi hadiah?

Kenapakah engkau mengikutku?

Aku tertarik dengan kecantikanmu

Jawapan yang cukup angkuh

Namun mengundang seribu sesalan

bila bungkusan merah diterima ditangan

Muslimat,

Contohilah wanita itu

Bukan dengan mencungkil matamu

tetapi dengan menjaga peribadimu

Wahai muslimatAku sering tertanya

Bagaimana engkau masih sanggup

memaniskan muka

menghadiahkan senyuman

meramahkan bicara

kepada lelaki yang bukan muhrim

Apakah engkau ini berani

Menguji jiwa lelaki

Yang sememangnya diciptakan Allah

Dahaga kepada keindahan wanita

Walaupun sekadar muka yang manis

Apatah lagi lelaki ini

Yang engkau tahu cukup ego

Menganggap wanita sebagai hidangan

yang boleh dibelek-belek dan dipilih-pilih

Benar

Wanita itu telah menemui ajalnya

Namun diiringi keredhaan Illahi

dan keinsafan seorang lelaki

Yang akhirnya menjadi sufi

Muslimat

Begitulah jalanmu

Begitulah perjuanganmu

Tundukkanlah pandanganmu

Keraskanlah suaramu

Seriuskanlah perwatakanmu

tampilkanlah ketegasanmu

Bila engkau di depan atau di belakang

Atau di kiri atau di kanan lelaki

Walau atas apa alasan sekalipun

ketuk keegoan mereka

Bangunkanlah mereka daripada mimpi

Jelaskanlah dengan amalmu

Bahawa percampuran bukan caranya

Bahawa keseronokan adalah palsu

Bahawa di sini tiada kebahagian

hanya kehancuran

Muslimat,

Inilah jalanmu

Lalu mungkin

Engkau akan melihat

Dikalangan remaja ini

Akan lahir Rijalaludin

Berjiwa pejuang

Sebagaimana lahirnya

Sebagaimana bangkitnya

Da'i bernama Hassan Al-BasriBila sepasang mata menjadi hadiah.

Telah Ku Pilih Jalan MU


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah.
Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu.
Tak ingin lagi kuulangi kembali, Gerak dosa yang menghiris hati


Lirik lagu ni milik kumpulan zikraa... Waktu aku degar lagu nie semalam... Teringat aku dosa2 yang dah banyak aku semai dibumi Allah nie... Aku pohon agar aku x mengulagi lagi kesilapan yang lalu...

Jalan yang mendekatkan aku padaMu Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Dan aku yakin sebenar-benarnya Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan Namun Tuhan, Ampuni aku, Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang Terlalu pahit untuk ditelan Tapi terus-terusan aku gagahkan Demi menggapai cintaMu Yang Esa Bantulah aku Tuhan Jika rinduku ini imaginasi syaitan Dan kuminta ia dilenyapkan Andai kasihku berlandaskan nafsu Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku Tolonglah aku Tuhan Untuk mengisi bejana cintaku untukMu Agar aku takkan pernah dahagakan Cinta dari insan yang tak halal bagiku Teguhkan kasihku untukMu Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta Yang menjadi hijab di antara kita Tetapkan langkahku di jalan ini Gagahkan aku Tuhan Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'Tetapku pinta ia karam Jika belayar ia di lautan dosa Dan kumohon TuhanDamaikanlah ombak di hati Walaupun ribut datang mengundang Kasihku diikat di dasar Rabbi Kerana ianya lumrah ujian.. Dan akan kuterus tekadkan janji Kerana telah kupilih jalanMu.

... Kamu Sentiasa Layak Diuji...

Artikel yang dihantar dari sorg sahabat... thankz bnyak2... untuk dikongsikan buat kawan2... mayb artikel nie dipetik dari blog Saudara Abu Saif... December 5th, 2008 by Abu Saif "Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!" pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?Tidak perlu.Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.RUBUBIYYAH ALLAHAda apa di sebalik kisah kambing?Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah."Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?" [Yunus 10: 31]Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah. Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.Justeru dalam `kesempurnaan' ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.HAMBA YANG LUPAHamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji."Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!" kata-kata manusia yang terlupa.Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?AYAT-AYAT CINTA"Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam," komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy."Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri," ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi `mabuk cinta' membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya: "Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam"Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?"Apa salah saya kepada Allah???" soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri. "Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!" bicara waras seorang manusia gila.Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYAAgar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.Buruk sangka, tidak mencari `bicara Tuhan' di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?Mengapa semua ini berlaku?Itulah bicara Allah kepada kamu…Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.LUPATetapi kamu terlupa.Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki. Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.BAIK DAN MUKHLISGaris yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]Kita sentiasa layak diuji…Kerana kita adalah HAMBA.Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya A Bakar r.a., Umar r.a., Utsmanr.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut). Abu bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

"UJIAN KESUSAHAN -DIBENCI OLEH NAFSU"

Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkankesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Merekatakut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Merekatakut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atauhilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukandan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya,sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalamkeadaan tenang, aman, damai dan harmoni. Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan.Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akantetap ada. Ia adalah adat dan resam hidup. Hadith ada menyebut: Maksudnya: “Dunia itu negara bala’ dan ujian”. Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujianitu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidaksuka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, padakemelaratan, pada sakit, pada mujahadah, dan pada apa sahajayang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya. Nafsu sebenarnya lebih jahat dan berbahaya dari syaitan.Syaitan boleh dihalau tetapi nafsu berada dalam diri kita. Nafsuadalah jalan bagi syaitan. Kalau nafsu kita terdidik, maka sempitlahjalan syaitan untuk menggoda dan menipu kita. Tetapikalau nafsu tidak terdidik, maka luaslah jalan syaitan. Hendak mendidik nafsu bukan mudah. Nafsu pernah angkuhdan sombong dengan Tuhan. Dia pernah berkata pada Tuhan: “Engkau-engkau, aku-aku.” Dia pernah direjam seribu tahundalam neraka. Nafsu hanya takut dengan Tuhan. Dia tidak takutdengan makhluk. Oleh itu, hendak mendidik nafsu, kita perlu ada rasa cintadan takut dengan Tuhan. Kita perlu bersandar kepada kehebatandan kekuasaan Tuhan. Kalau rasa-rasa ini tidak ada, maka tidakada apa yang akan dapat mendorong dan menahan atau menghalangnafsu. Rasa cinta pada Tuhan itu akan mendorong nafsusupaya menjadi tenang dan jinak. Rasa takut dengan Tuhan pulaakan menahan nafsu dari menjadi terlalu rakus, liar dan tidakterkawal. Untuk mendidik nafsu, hendaklah kita berbicara dengannya.Katakan pada nafsu begini: “Hai nafsu! Aku tahu engkau itu jahat.Tapi kalau Allah tolong aku, engkau pun aku boleh hadapi.Walaupun aku ini tidak tahan diuji, tapi kalau aku diuji aku akanberserah sahaja kepada Tuhan.” Nafsu kalau tidak dididik, diuji, ditekan, dikekang dan disakitkan,dia akan berbunga. Kemudian dia akan berbuah. Buahnafsu ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah seperti sombong,angkuh, megah, riak, pemarah, jahat sangka, tamak, hasaddengki, panas baran, bakhil dan lain-lain lagi. Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi suburdan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsuhanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmahTuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemahkannafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayangTuhan.Allah SWT ada berfirman: Maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawamereka dibiarkan berkata: ‘Kami telah beriman,’ sedangkamu tidak diuji lagi.” (Al-Ankabut: 2) Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri. Cara untukmembaiki diri ialah dengan bermujahadah dan dengan melaluiberbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah. Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang berat ataupun ringan.Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya hubungan kita denganTuhan. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, ujian yangberat dirasakan ringan. Orang yang lemah hubungannya denganTuhan, ujian yang ringan pun terasa berat. Ujian adalah untuk orang baik dan juga orang jahat. Untukorang beriman dan tidak beriman atau lemah iman. Malahanorang baik dan beriman lebih banyak diuji dan lebih berat pulaujiannya. Para nabi dan rasul adalah mereka yang paling beratdiuji. Kemudian para wali dan orang-orang soleh. Kemudianorang-orang awam lain mengikut peringkat iman yang ada padamereka. Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka. Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosamereka. Kalau pun mereka bertaubat, belum tentu diterimataubat mereka itu tetapi ujian dan mehnah boleh menghapuskandosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar dan redha. Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan penderitaan.Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dannikmat. Justeru itu, menempuh dan menjalani ujian dan kesusahandari Allah menjadi syarat untuk ke syurga. Ada riwayat didalam hadis seperti berikut: Setelah Allah mencipta syurga dan neraka, maka Allah perintahkanpara malaikat pergi melihatnya. Sekembali para malaikat,Allah bertanya apa pendapat mereka. Malaikat menjawab: “Tidakakan ada manusia yang akan masuk neraka kerana siksaannyasangat pedih dan dahsyat. Semua manusia akan masuk syurgakerana nikmat di dalamnya sungguh indah”. Allah Taala kemudian memerintah para malaikat untukmelihat untuk kali kedua. Sekembalinya para malaikat, Allahbertanya sekali lagi apa pendapat mereka. Kali ini malaikatmenjawab: “Tidak akan ramai manusia yang dapat masuk kesyurga. Ramai manusia akan masuk neraka. Kerana syurga itudikelilingi oleh perkara-perkara yang sungguh menyakitkan danmenyusahkan; dan neraka itu dikelilingi oleh perkara-perkarayang seronok, indah dan mengasyikkan.” Oleh itu, kalau kita diuji, itu tanda Tuhan telah meletakkankita di atas jalan menuju ke syurga. Kita patut banyak-banyakbersyukur. Kalau Tuhan biarkan kita lalai dan berfoya-foya danbergelumang dengan dosa dan noda, itu tanda kita sedang beradadi atas jalan menuju ke neraka. Kita patut cepat-cepat sedar danbertaubat. Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrahpula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah kerana Tuhan. Fitrah rasa puas kalau disusahkanatau disakitkan asal ia dapat rasa hampir dan dekat denganTuhan. Apabila nafsu dapat ditundukkan dan dijinakkan, maka fitrahkita akan menjadi lebih berperanan. Bila fitrah sudah berperanandan jiwa telah hidup, maka dia akan terhibur dan merasa bahagiadengan ujian dan kesusahan. Bila diuji, dia terasa Tuhan itu dekatdan hampir dan kuat pergantungannya dengan Tuhan. Roh jadimeriah dan penuh dengan zikrullah. Bila tidak diuji, rasa bimbangdan cemas takut-takut Allah telah melupakan dia. Ini berlaku kepada para sahabat. Kalau sehari mereka tidakdiuji oleh Tuhan, mereka mula bimbang. Kalau dua hari tidakdiuji, mereka mula takut. Kalau tiga hari tidak diuji, mereka mulacemas takut-takut Tuhan telah melupakan dan tidak pedulikepada mereka lagi. Kita boleh ukur diri kita dan kita boleh tahu dalam diri kitanafsu atau fitrah kitakah yang lebih berperanan. Nafsu kitakahatau fitrah kitakah yang lebih kuat. Kalau kita sangat terdorongdan terangsang dengan perkara-perkara yang seronok, yangmengasyikkan, melalaikan, berfoya-foya, seronok dengan duniadan takut dan benci kepada ujian dan kesusahan, maka kitasebenarnya kuat nafsu. Tetapi kalau kita banyak terdorong kepadaakhirat, rela bersusah-payah dan menderita kerana Allah,tidak takut ujian dan kesusahan dan rasa manis dan indah puladengan ujian, maka fitrah kita sudah berperanan. Oleh itu bermujahadah,menekan, mengekang, menyakitkan dan mendidiknafsu sangat penting. Nafsu itu mesti dilawan, jangan dilayan. Baru dia akan tunduk. Kalau nafsu dilayan, dia akan subur danmelonjak-lonjak. Jangan beri nafsu apa yang dia mahu (yangharam). Beri dia apa yang dia benci (yang baik). Orang-orang soleh, kalau diuji, mereka sabar dan tidakmengadu. Sabar itu sudah tentu ada sakitnya. Orang-orangmuqorrobbin (yang hampir dengan Tuhan), kalau diuji merekaredha. Redha itu kurang sakitnya kerana ada rasa kerelaan dankepuasan. Orang-orang siddiqin (yang benar) pula merasa bahagiadan terhibur dengan ujian. Itulah makanan bagi jiwamereka. Kalau nafsu sangat benci pada ujian dan kesusahan, fitrah pula sebaliknya.Fitrah sangat ingin rasa bertuhan dan suka bersusah-susah keranaTuhan". sama2lah kita cuba sedaya-upaya mempertingkatkan kualiti diri kita dr masa ke semasa...... Petikan dr inteam website.

Surat Cinta Untuk Nurul Ain....


Surat ini kutujukan untuk dirikusendiri yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atassegalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.Surat ini kutujukan untuk hatiku yang kerap kali terisi oleh cinta selaindariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses. Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya. Surat ini kutujukan untuk ruh-ku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu dimanakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Jadikanku seindah wanita solehah


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.....“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya yang zikirnya menjadi penawar dirinya tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati....
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan...hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (lah-Rum: 21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.
"Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Tangisan Seorang Lelaki di Bumi Debu Mesir


Buat renungan kita bersama... ``Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’
``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’
Tuhan,aku kehilangan…Diari hambamu...
Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain waktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu..
Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.
‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita?‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..
Untukmu,Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu..
Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..
MerisikWaktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.
MeminangSetelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu.
itu semua dulu..Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi..
Kini,kau pergi..
‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.Sudikah kau menjadi teman hidupku?Untuk selama-lamanya?’
p/ : bkn nurul iman

Kita Di Ziarah Malaikat



Kita di ziarah malaikat maut setiap 21 minit?....seramnya
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat mautmemerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yangsedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihatorang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya,tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Initidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, keranamereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan Mengenaiperkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannyadengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.
Agak-agaknya macam manalah kehidupan kita masa malaikat tu datang…entah-entahtengah gelak-gelak main computer,fantasy football la, tengah chat kat yahoo mesengger,tengahtengok melodi TV3,tengah tengok scenario,tengah sibuk tengok Kasih Suci,
Manja Lara, Susuk-Degawan,tengah tengok English Premiere League dan bermacam-macam
hiburan televisyen di TV3, RTM, Astro ,DVD,VCD, PS2, karaoke dan lain-lain.
Sibuk betul life kita sampai terlupa yang satu ketika nanti kita akan di jemput jua
ke rahmat Allah. Apakah cukup bekalan kita di sana nanti hingga kita leka dengan
keindahan dunia yang sementara ini?
SEKADAR INGATAN BUAT DR SNDR....

Sepinggan Dosa Berulamkan Pahala


Tajuk artikel ini adalah adaptasi daripada artikel ustaz hazrizal(saifulislam.com) yang bertajuk Sepinggan Dosa Berulamkan Pahala. Tapi saya tukar sedikit kerana skop tajuk ini dikhususkan kepada semua pejuang dakwah siber agar jadi muhasabah kita semua. Terutamanya diri yang dhaif lagi hina ini. MAD'U & DUAT Mungkin dalam kesibukan kita menyajikan bahan dakwah kepada mad'u(orang yang kita nak dakwah) kita di alam siber ini. Jangan kita lupa bahawa para duat(pendakwah) juga akan diuji oleh Allah swt. dalam pelbagai dimensi. Samada dari ujian dalaman mahupun luaran. Dalaman melibatkan persoalan sejauhmana rasa berTUHAN kita wujudkan dalam diri. Dakwah di dunia tanpa batasan. Tapi kadang-kadang ada yang tersesat didunia siber yang penuh dengan lumpur dosa. Akhirnya perjuangan terhijab daripada nusrah/pertolongan Allah swt. Bak kata pepatah yang didukung tercicir dan yang dicari tak dapat. Ini bukan sahaja tidak dapat bahkan dapat kemurkaan Allah swt. Bagaimanakah mungkin pertolongan Allah boleh turun jika keadaan ini berlaku? Ketika orang tiada pantau kita dalam melayari internet. Semuanya boleh berlaku. Pengaruh syaitan dan nafsu jangan dipandang remeh oleh para pendakwah siber sekalian. Kerana suntikan syaitan dan desakan nafsu mampu mengegarkan iman walau setinggi gunung. Bukti telah banyak Allah tunjukkan kepada kita. Mungkin disebabkan kita merasakan terlalu banyak menasihati orang menyebabkan kita sudah memandang ringan dosa kita sendiri. Dosa-dosa kecil kita anggap kecil. Boleh sahaja dihapuskan dengan amal kubra yang kita buat. Tapi kita lupa adakah kita yakin amalan kita itu sudah diterima atau tidak oleh Allah swt. Semuanya masih belum pasti. CCTV AKHIRAT Tapi kita alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan kita sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita. Akhirnya, sebagai para duat siber sekalian. Ingatlah dan awasi diri bahawa cctv akhirat telah diwujudkan sejak kita baligh lagi. Tak perlu kawalan manusia dan software kalau kita betul-betul menghayati cctv akhirat. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah,pertolongan dan lindungi kepada kita daripada fitnah ini kerana tiada jaminan untuk kita melainkan kita sendiri yang berusaha mewujudkan perasaan muraqobah(Allah sentiasa observe kita) dalam diri. Takutlah kamu wahai manusia akan slide show akhirat yang akan menayangkan segala tingkah laku mu samada buruk atau baik. Sanggupkah muka mu itu menanggung malu yang teramat sangat nanti. Renungkanlah…

...Persoalan...

"Kenapa AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216 Kenapa UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 rasa FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45 APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Ana ke antum dserang virus???


Pernah tak anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem "firewall" berupa software Iman.Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinibadah. doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar ke seluruh komputer hati mereka. Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingka- peringkat.Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak syaraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidak dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file "cintadunia. exe".
Lalu masukan disket anti virus yang berisi file "syakshiyah. exe" yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software "iman". Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun "installer iman" secara percuma.

Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisi file "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc" . Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih?

...IBU...


Sayangilah IBU kamu

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00

2) Tolong jaga adik RM4.00

3) Tolong buang sampah RM1.00

4) Tolong kemas bilik RM2.00

5) Tolong siram bunga RM3.00

6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Iman, Kamu pergi bercuti ke?



Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah ar

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan sayaIman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?

Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..