CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 28, 2009

~Maaf dipohon~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah,ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda..

Salam perjuangan buat sahabat2 sahsiah.... menitis air mata tatkala menulis blog disaat nie... Maaf krn x dpt bersama kalian untuk program kali nie... Rasanya dah bnyak kali program aku x dapat turun... Harap sahabat2 paham situasi yang nrl...

Betapa aku sangat bersyukur pada Allah,kerana dikurniakan padaku sahabat-sahabat yang sangat baik padaku..Mereka terlalu baik untukku.Terima kasih ya Allah..
Aku sangat terharu bila sahabat-sahabatku menyatakan perasaan rindu dan sayang mereka padaku..Aku rasa amat-amat dihargai,dan kadang2 aku rasa bersalah..Bersalah kerana tidak pandai menyatakan yang aku juga amat menghargai mereka sebenarnya. Kawan-kawan adalah orang terpenting dalam hidup aku.Walaupon aku tidak pandai dan tidak selalu menyatakan yang aku merindui kalian,sebenarnya aku tidak pernah melupakan kalian.
Aku akan belajar untuk lebih menghargai apa yang aku ada hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari. and special thanks for your support selama ni.Terima kasih kerana masih menyayangi nrl. Nrl harap ukhuwah fillah kita kan kekal selama-lamanya.. Nrl mohon, janganlah lepaskan tangan nrl,kerana nrl ingin sentiasa beriringan dengan kalian,dalam perjuangan dan hidup ini.
Subhanallah..hidup dalam kenangan sememangnya lebih memeritkan dari berpijak di bumi nyata..kenangan buat aku rasa sedih sangat kerana aku cukup pasti saat itu takkan dapat kembali selama-lamanya.Sebab tu kadang-kadang bila bersendirian,aku akan cuba mengelak dari mengimbau kenangan, kerana itu akan membuat hati terasa menyesal tidak melakukan ini dan itu. Justeru, berpijaklah di alam nyata,apa yang kita ada hari ini,hargailah sebelum ia menjadi kenangan yang takkan dapat kembali.
Jika ingin dicari,siapa model sahabat terbaik..Rasulullah adalah orangnya. Jika ingin dicontohi untuk menjadi sahabat yang paling memahami..Rasulullah adalah contohnya. Teladanilah baginda dalam bersahabat.Bertemu dan saling menyayangi kerana Allah,andai terpisah redhalah kita kerana Allah.. last.. thankz akhi edit gambr keluarga sahsiah nie.... hehehe... gmbr nrl nie.... zaman bila la akhi ambik nie...

0 comments: